SUNTINGAN AUDIO
Untuk
menyunting bahan audio, anda boleh menggunakan perisian komersial seperti Sound
Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6 dan Neundo. Perisian-perisian ini mampu
mengadun dan menyunting audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio
yang banyak serta menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.
Rakaman dan penyuntingan audio boleh dilakukan melalui perisian Sound Forge
RAKAMAN AUDIO
Bahan audio
boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah dan sedia ada pada kaset audio.
Mikrofon yang berasingan (external microphone) dan pengadun audio (audio mixer)
boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.
Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digital melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio (audio editing software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih
Perisian yang sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio recorder
atau audacity (perisian daripada open source) mampu membuat rakaman audio yang
mudah.
Perisian Audio
recorder daripada komponen sistem windows
Rakaman audio
boleh disimpan dalam pelbagai format, antaranya ialah:
• Kaset
• Piring hitam
atau fonograf
• Cakera padat
(CD)
• Klip audio digital (digital audio clip)
Bahan audio
yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yang Berbeza
mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail MP3 (MPEG
Audio Layer 3) melalui proses pemampatan (compression) dimana saiz failnya
lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi (.mid) adalah hasil
bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang menghasilkan
nada muzik tiruan. Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio yang kerapkali
digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti
tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail audio yang lain mengikut perisian dan tujuan penggunaan yang
tertentu. Fail audio boleh
ditukar ke dalam pelbagai format melalui perisian audio converter.
Secara
ringkas, beberapa format fail audio yang selalu digunakan ialah:
a) MP3
(b) WAV
(c) MIDI
Bahan audio
dapat dimainkan semula melalui perkakasan yang bersesuaian dengan
perisiannya. Sebagai contoh kaset audio boleh dimainkan melalui pemain kaset
(cassette player), cakera padat boleh dimainkan melalui pemain cakera (CD
player) dan klip audio boleh dimainkan melalui perisian pemain media (media
player).
Subscribe to:
Posts (Atom)