skip to main |
skip to sidebar
Pada peringkat awal perkembangan teknologi
komputer, audio atau bunyi yang kedengaran pada sesebuah sistem komputer hanya
bunyi-bunyian asas seperti “beep’’ atau “ding” tetapi dengan terjadinya
berkembangan teknologi membolehkan sistem komputer mengeluarkan, suara latar,
kesan bunyi, muzik dan juga bunyian yang sebenar.
Tujuan audio digunakan dalam teknologi
Pada masa kini audio banyak digunakan dalam teknologi. Ini kerana apabila kita
menggunakan audio kita mampu menyampaikan sesuatu maklumat itu dengan lebih
berkesan lagi contohnya melalui penggunaan suara latar atau kesan audio yang
istimewa. Selain daripada itu juga apabila menggunakan audio, ia membantu kita
meningkatkan daya tarikan penonton untuk melihat persembahan tersebut serta
dapat meningkatkan lagi daya tumpuan terhadap sesuatu persembahan itu. Bagi
persembahan yang mempunyai isi kandungan yang kompleks, penggunaan audio dapat
membantu kefahaman penonton terhadap isi kandungan yang ingin di sampaikan
tersebut. Situasi ini berlaku kerana audio mampu memberi penerangan tentang
sesuatu maksud yang sukar diterangkan melalui penggunaan grafik ataupun teks.
Konsep audio dan gelombang audio
Secara asasnya semasa kita mendengar, kita sedang merasai perubahan tekanan
udara di sekeliling kita. Perubahan ini di terima oleh gegendang telinga dan
kemudiannya diterjemahkan sebagai signal bunyi oleh otak. Ketika tiada
gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap dan apabila gelombang
bunyi tiba di gegendang telinga, tekanan udara akan berubah samada tinggi
ataupun rendah. Ciri-ciri gelombang video ialah frekuansi dan amplitud. Antara
faktor yang mempengaruhi kualiti audio ialah kadar sempel, saiz sampel dan
saluran.
Kadar sampel merujuk kepada berapa kali atau
kekerapan sampel bagi sesuatu audio tersebut. Ini kerana semakin tinggi kadar
sampel, semakin banyak maklumat sampel yang di ambil, semakin tinggilah kualiti
audio digital tersebut. Ia di ukur dalam unit Hearz (Hz).
Saiz sampel pula adalah merujuk kepada bilangan bit yang digunakan untuk
menyimpan maklumat mengenai audio tersebut. Saiz sampel yang biasa di gunakan
ialah 8 bit atau 16 bit. Audio yang di rakam menggunakan 16 bit adalah lebih
berkualiti.
Saluran terbahagi kepada
2 iaitu mono dan stereo.
0 comments:
Post a Comment