PERGERTIAN AUDIO


 

Audio merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu interaksi antara komputer dengan pengguna. Elemen muzik, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa contoh penggunaan audio yang boleh digunakan dalam sesebuah aplikasi multimedia. Seperti juga elemen multimedia yang lain, audio mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan menarik tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan

Audio Dalam sistem komunikasi bercirikan video, signal elektrik digunakan untuk membawa unsur bunyi. Istilah ini juga biasa digunakan untuk menerangkan sistem-sistem yang berkaitan dengan proses rakaman dan transmisi iaitu sistem pengambilan/penangkapan suara, sambungan transmisi pembawa bunyi, amplifier dan lain-lain.

0 comments:

Post a Comment

  © NOME DO SEU BLOG

Design by Emporium Digital