SUNTINGAN AUDIO
Untuk
menyunting bahan audio, anda boleh menggunakan perisian komersial seperti Sound
Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6 dan Neundo. Perisian-perisian ini mampu
mengadun dan menyunting audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio
yang banyak serta menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.
Rakaman dan penyuntingan audio boleh dilakukan melalui perisian Sound Forge
RAKAMAN AUDIO
Bahan audio
boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah dan sedia ada pada kaset audio.
Mikrofon yang berasingan (external microphone) dan pengadun audio (audio mixer)
boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.
Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digital melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio (audio editing software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih
Perisian yang sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio recorder
atau audacity (perisian daripada open source) mampu membuat rakaman audio yang
mudah.
Perisian Audio
recorder daripada komponen sistem windows
Rakaman audio
boleh disimpan dalam pelbagai format, antaranya ialah:
• Kaset
• Piring hitam
atau fonograf
• Cakera padat
(CD)
• Klip audio digital (digital audio clip)
Bahan audio
yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yang Berbeza
mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail MP3 (MPEG
Audio Layer 3) melalui proses pemampatan (compression) dimana saiz failnya
lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi (.mid) adalah hasil
bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang menghasilkan
nada muzik tiruan. Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio yang kerapkali
digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti
tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail audio yang lain mengikut perisian dan tujuan penggunaan yang
tertentu. Fail audio boleh
ditukar ke dalam pelbagai format melalui perisian audio converter.
Secara
ringkas, beberapa format fail audio yang selalu digunakan ialah:
a) MP3
(b) WAV
(c) MIDI
Bahan audio
dapat dimainkan semula melalui perkakasan yang bersesuaian dengan
perisiannya. Sebagai contoh kaset audio boleh dimainkan melalui pemain kaset
(cassette player), cakera padat boleh dimainkan melalui pemain cakera (CD
player) dan klip audio boleh dimainkan melalui perisian pemain media (media
player).
PERANCANGAN DAN PENYEDIAAN RAKAMAN
Langkah-langkah
Perancangan dan Penyediaan Rakaman:
1. Tetapkan
matlamat mengikut topik dan hasilan pembelajaran
2. Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan
muzik latar yang sesuai.
3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan
perisian yang akan dimainkan
nanti
4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang
sesuai dengan format penghasilan audio
5. Menulis
skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah
6. Membuat
rakaman dan penyuntingan
7. Uji
hasil rakaman
8.
Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal
9. Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio,
kaset atau fail klip audio
10. Penggunaan
bahan audio
11. Maklum
balas dan penilaian daripada pengguna
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MENGGUNAKAN AUDIO
Kelebihan Penggunaan Audio
Terdapat beberapa kebaikan penyampaian menerusi penggunaan bahan audio. Di antaranya ialah :
1. Sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang mahir membaca.
2. Bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui
proses penyuntingan.
3. Peralatan yang diperlukan adalah kecil dan mudah alih.
4. Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi.
5. Mudah dipadam dan digunakan semula.
6. Penggunaan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat
disampaikan mengikut kadar masa tertentu.
7. Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman pelajar
Kelemahan Penggunaan Audio
Mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya :
1. Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat pada
pita audio.
2. Gangguan daripada bunyi luar yang akan menganggu minat
pelajar semasa proses penyampaian.
3. Sekiranya pita audio telah dimainkan, ianya telah ditentukan
kadar masa dan kadar masa yang telah digunakan ini tidak
boleh diubah.
4. Kurangnya unsur interaktiviti di antara pengguna dan mesin.
PENGGUNAAN AUDIO DALAM TEKNOLOGI
Pada peringkat awal perkembangan teknologi komputer, audio atau bunyi yang kedengaran pada sesebuah sistem komputer hanya bunyi-bunyian asas seperti “beep’’ atau “ding” tetapi dengan terjadinya berkembangan teknologi membolehkan sistem komputer mengeluarkan, suara latar, kesan bunyi, muzik dan juga bunyian yang sebenar.
Tujuan audio digunakan dalam teknologi
Pada masa kini audio banyak digunakan dalam teknologi. Ini kerana apabila kita
menggunakan audio kita mampu menyampaikan sesuatu maklumat itu dengan lebih
berkesan lagi contohnya melalui penggunaan suara latar atau kesan audio yang
istimewa. Selain daripada itu juga apabila menggunakan audio, ia membantu kita
meningkatkan daya tarikan penonton untuk melihat persembahan tersebut serta
dapat meningkatkan lagi daya tumpuan terhadap sesuatu persembahan itu. Bagi
persembahan yang mempunyai isi kandungan yang kompleks, penggunaan audio dapat
membantu kefahaman penonton terhadap isi kandungan yang ingin di sampaikan
tersebut. Situasi ini berlaku kerana audio mampu memberi penerangan tentang
sesuatu maksud yang sukar diterangkan melalui penggunaan grafik ataupun teks.
Konsep audio dan gelombang audio
Secara asasnya semasa kita mendengar, kita sedang merasai perubahan tekanan
udara di sekeliling kita. Perubahan ini di terima oleh gegendang telinga dan
kemudiannya diterjemahkan sebagai signal bunyi oleh otak. Ketika tiada
gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap dan apabila gelombang
bunyi tiba di gegendang telinga, tekanan udara akan berubah samada tinggi
ataupun rendah. Ciri-ciri gelombang video ialah frekuansi dan amplitud. Antara
faktor yang mempengaruhi kualiti audio ialah kadar sempel, saiz sampel dan
saluran.
Kadar sampel merujuk kepada berapa kali atau kekerapan sampel bagi sesuatu audio tersebut. Ini kerana semakin tinggi kadar sampel, semakin banyak maklumat sampel yang di ambil, semakin tinggilah kualiti audio digital tersebut. Ia di ukur dalam unit Hearz (Hz).
Saiz sampel pula adalah merujuk kepada bilangan bit yang digunakan untuk
menyimpan maklumat mengenai audio tersebut. Saiz sampel yang biasa di gunakan
ialah 8 bit atau 16 bit. Audio yang di rakam menggunakan 16 bit adalah lebih
berkualiti.
Saluran terbahagi kepada
2 iaitu mono dan stereo.
FORMAT FAIL AUDIO
Berikut merupakan contoh-contoh format fail bagi audio:
AUDIO INTERCHANGE FAIL FORMAT (.AIFF DAN .AIF)
Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya.
Boleh menyimpan sehingga 32 bit.
MUSICAL INSTRUMENT DIGITAL INTERFACE (.MID, .MDI, .MFF)
Format yang diterimapakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dan jenis MDI.
SOUND (.SND)
Format fail yang diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
WAVE (.WAV)
Format fail yang paling meluas digunakan.
Disokong oleh sistem operasi windows.
Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
SUN AUDIO (.AU)
Digunakan oleh komputer jenis stesen kerja SUN Microsystem.
Merupakan format audio 16 bit.
.MPEG
Format fail yang makin popular.
Digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet.
SUMBER AUDIO
Terdapat 5 jenis audio yang digunakan
dalam multimedia iaitu :
HiperAudio
Dimainkan secara berulang kali. Audio dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hiperaudio.MP3
Format fail audio yang boleh menggunakan codec audio MPEGuntuk enkod dan dekod muzik yang dirakam.Boleh mampat track audio CD dalam saiz yang kecil. Pemain MP3 untuk memainkan fail MP3.Audio Cakera Padat.
CD audio boleh menyimpan data selama 75 minit dengan kadar sampling 44,100 sampels per saat. Keupayaan cepat untuk merakam video. Banyak digunakan untuk lagu yang dirakam dan berkualiti.Audio
Digunakan untuk merakam bunyi yang didengar. Bentuk gelombang pada bunyi menerangkan tentang amplitude, frekuensi dan kandungan yang harmoni.Format fail audio ialah wave.Midi
Kemudahan yang efisien untuk merakam muzik. Merakam maklumat persembahan dalam chip sound pada komputer untuk memainkan muzik. Terdapat MIDI kod untuk mengubah suai muzik menjadi perlahan, kuat, tukar kualiti dan tambah kesan bunyi. Kebaikan Midi ialah mempunyai fail yang lebih kecil dan padat, kualiti muzik yang bermutu serta mudah untuk melakukan ubahsuai fail. Kelemahan Midi pula tidak boleh digunakan untuk memainkan dialog perbualan.
FUNGSI AUDIO
Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan (contoh: penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa).
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan.
mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat.
Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.
PERGERTIAN AUDIO
Audio merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu interaksi antara komputer dengan pengguna. Elemen muzik, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa contoh penggunaan audio yang boleh digunakan dalam sesebuah aplikasi multimedia. Seperti juga elemen multimedia yang lain, audio mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan menarik tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan
Audio Dalam sistem komunikasi bercirikan video, signal elektrik digunakan untuk membawa unsur bunyi. Istilah ini juga biasa digunakan untuk menerangkan sistem-sistem yang berkaitan dengan proses rakaman dan transmisi iaitu sistem pengambilan/penangkapan suara, sambungan transmisi pembawa bunyi, amplifier dan lain-lain.
JENIS - JENIS AUDIO
Audio Streaming
istilah yang dipergunakan untuk mendengarkan siaran secara live
melalui Internet. Berbeza dengan cara lain, yakni memuat turun fail dan
menjalankannya di komputer kita bila muat turunnya selesai, dengan
streaming kita dapat mendengarnya langsung tanpa perlu memuat turun failnya
sekaligus. Ada bermacam-macam audio streaming, misalnya Winamp (mp3), RealAudio
(ram) dan liquid radio.
Audio response
Suara yang dihasilkan oleh komputer. Output pembicaraan yang
dihasilkan komputer untuk mendapatkan input yang berjenis khusus, misalnya permintaan
nombor telefon.
Audio Oscillator
Merupakan produk dari perusahaan Hewlett Packard yang pertama.
Produk ini digunakan oleh Walt Disney Studios dalam pembuatan filemnya yang
bertajuk Fantasia.
Audio Modem Riser
Sebuah kad plug-in untuk motherboard Intel
yang memuat turun litar audio dan atau litar modem. AMR memuat fungsi-fungsi
analog (kod-kod) yang dipelukan untuk operasi modem dan atau audio.
Subscribe to:
Posts (Atom)